myskts.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENANGAN
13050 BUTTERWORTH
Tel : 04-3514299, Faks : 04-3517034
e-mel : myskts@zoom-a.com / myskts@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL SEKOLAH | STAFF | PEPERIKSAAN | UPSR | INFO | AKTIVITI | PIBG | PAUTAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | BUKU PELAWAT |

*****************************************************************************************
UJIAN PENILAIAN 3

Ujian Penilaian 3 akan dilaksanakan tidak lama lagi. Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 terlibat.
Jadual ujian akan diedarkan tidak lama lagi.
Guru-guru yang bertanggungjawab menyediakan soalan diminta menghantar soalan untuk diperbanyakkan kepada En. Rahim.
Semua murid dinasihatkan membuat ulangkaji bagi menghadapi ujian tersebut.
Kerjasama para waris dialu-alukan bagi memastikan anak-anak membuat persediaan sebelum ujian tersebut dijalankan.
***************************************************************************************
PENDAFTARAN ONLINE KE ASRAMA PENUH

Pendaftaran online ke sekolah berasrama penuh akan dibuka bermula 1 September 2009.
Kepada murid yang berminat untuk ke sekolah berasrama penuh boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada PK HEM atau berjumpa dengan setiausaha peperiksaan sekolah.
Anda dinasihatkan menyediakan segala sijil yang ada untuk urusan tersebut.

*****************************************************************************************
WABAK H1N1


Dewasa ini heboh diperkatakan orang mengenai wabak H1N1. Wabak ini merupakan sejenis demam selesema yang boleh membawa maut. Sehingga kini telah 8 nyawa terkorban kerananya. Memandangkan bahayanya wabak H1N1 ini, semua orang dinasihatkan memakai topeng pernafasan.
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan baru-baru ini juga disyaki ada tanda-tanda penularan wabak tersebut. sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan telah mengarahkan sekolah ini ditutup sementara sehingga didapati selamat untuk beroperasi semula. Sekolah diarah tutup bermula 3 Ogos 2009 hingga 10 Ogos 2009.
Semua pihak diminta bersabar dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Sekian, harap maklum.

*****************************************************************************************


webmaster
mozamda@gmail.com
 

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: