myskts.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENANGAN
13050 BUTTERWORTH
Tel : 04-3514299, Faks : 04-3517034
e-mel : myskts@zoom-a.com / myskts@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL SEKOLAH | STAFF | PEPERIKSAAN | UPSR | INFO | AKTIVITI | PIBG | PAUTAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | BUKU PELAWAT |


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan terletak di suatu kawasan seluas 9.467 ekar , No lot 2556,2557,2558 dan 1316 di mukim 7, Seberang Perai Utara. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik , Butterworth dan Pangkalan Udara Diraja Malaysia. (TUDM ).
Nama sekolah ini diambil bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah ini dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di kawasan ini. Menurut sejarah awal, tempat ini lebih dikenali dengan Permatang Ku Chin. Ku Chin ini merupakan keturunan Diraja yang menetap di sini dan dianggap sebagai ketua penduduk tempatan.
Terdapat versi lain yang menyatakan bahawa nama Permatang Kuching dikenali kerana ramai penduduk tempatan yang membuang kucing di kawasan ini.
Sekolah ini telah diasaskan pada hari Isnin, 4 Januari 1988 dengan jumlah murid seramai 91 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 69 orang murid Melayu,16 orang murid India dan 6 orang murid Cina. 3 buah bilik darjah disediakan untuk menempatkan mereka.
Seramai 6 orang tenaga pengajar dan seorang kerani bertugas di sekolah ini iaitu :
En. Osman b. Idris ( Guru Besar )
En. Adnan b. Md Taib (Guru Agama )
Pn. Che Asma bt. Che Embi ( Guru Penolong )
En.Yeoh Eooi Beng ( Guru Penolong )
Pn. Beoy Mei Peng ( Guru Penolong )
Pn. Hayati bt. Abd Aziz ( Guru penolong )
Pn. Rohayah bt. Kassim ( Kerani )
Pada peringkat permulaan sekolah ini dibuka, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar kerana bangunan sekolah ini belum siap sepenuhnya. Murid-murid dan guru berpindah ke bangunan baru pada 23 Februari 1989. Kebanyakan murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak kakitangan TUDM, dan selebihnya merupakan anak-anak penduduk taman-taman perumahan di sekitar kawasan ini.
Jumlah murid dan guru bertambah dari tahun ke tahun sehingga 31 Januari 2000 telah mempunyai seramai 750 murid dan 41 orang guru dan 6 orang staf sokongan.
Guru Besar yang pertama ialah Encik Osman b. Idris dan telah bertukar ke SK Pasir Gebu, Penaga pada tahun 1994. Tempat beliau telah diganti oleh Encik Abu Aziz b. Sahat pada tarikh yang sama. Encik Abdul Aziz telah bersara pada 15 Ogos 1996. Guru Besar yang menggantikan beliau ialah Pn. Hajah Khatijah bt. Salleh yang mula bertugas pada 16 Oktober 1996 sehingga 31 Mei 2001 kerana bersara pilihan sendiri. Guru besar yang menggantikan beliau ialah Pn. Sahirah bt. Abd Rahman yang memulakan tugasnya mulai 16 November 2001 hingga sekarang.

OBJEKTIF SEKOLAH
MENJURUS KE ARAH PERKEMBANGAN BUDAYA ILMU YANG POSITIF DAN CEMERLANG. MELAHIRKAN INSAN YANG KREATIF, INOVATIF, IMAGINATIF SERTA BERDISIPLIN. MEMBENTUK SAHSIAH DAN PERIBADI MULIA BERPAKSIKAN KETUHANAN.
MEMBENTUK PELAJAR YANG BERSAWADAYA DAN SERBA BOLEH.
MEWUJUDKAN BUDAYA PENYAYANG DAN MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN
MENYOKONG DAN MENDUKONG WAWASAN NEGARA SELARAS DENGAN ARUS PERDANA MASA KINI.

STRATEGI SEKOLAH
Berdasarkan kepada hasrat Dasar Pelajaran Negara, Sekolah Kebangsaan Taman Senangan telah menyusun strategi yang boleh membawa ke arah peningkatan pembelajaran dan pembelajaran melalui :
Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan berkesan dengan penumpuan kepada aspek penguasaan 3M.
Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum melalui aplikasi teknik-teknik terkini serta pencapaian cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah rendah.
Mencapai kejayaan gemilang dalam bidang kokurikulum termasuk sukan dan olahraga.
Melahirkan pelajar beriman, berilmu, kreatif, inovasi, imaginatif, bertrampilan dan berakhlak mulia.
Memupuk suasana harmoni dan muhibbah di kalangan warga sekolah, ibubapa dan masyarakat sekitar.
Melahirkan pelajar kamil yang taat dan bertaqwa serta patuh kepada ajaran agama.

FALSAFAH SEKOLAH
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU KE ARAH MELAHIRKAN INSAN YANG BERTAKWA SERTA SEIMBANG DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. MATLAMAT SEKOLAH MENJADIKAN SEBUAH SEKOLAH BERWATAK DAN BERKESAN YANG DAPAT MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETRAMPILAN DAN DAPAT MENYUMBANG UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, BANGSA DAN NEGARA.

VISI SEKOLAH
Memperkasa Sekolah Kebangsaan Taman Senangan ke arah Sekolah Bestari menjelang Tahun 2010.

MISI SEKOLAH
Cemerlang dalam UPSR
Menguasai kemahiran 3M (Membaca, menulis dan mengira).
Bijak berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.
Menjuarai pertandingan bolasepak dan bola jarring Peringkat Negeri.
Mewujudkan suasana kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.
Pembangunan insan.
Meningkatkan literasi komputer.




LOGO SEKOLAH
WARNA KUNING - MELAMBANGKAN SIKAP TOLERANSI DAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM DI SEKOLAH INI.
HIJAU - KEMAKMURAN NEGERI DAN PENDUDUKNYA.
MERAH - MELAMBANGKAN SEMANGAT DAYA JUANG.
PUTIH - MELAMBANGKAN KESUCIAN DAN KESOPANAN.
LAMBANG OBOR - MELAMBANGKAN ILMU ADALAH BUKU CAHAYA KEHIDUPAN
POKOK PINANG - LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

BENDERA SEKOLAH
HIJAU : Melambangkan kemakmuran penduduk-penduduk di kawasan ini.
PUTIH : Melambangkan kesucian dan kesopanan.
KUNING : Melambangkan sikap toleransi dan keharmonian antara kaum di sekolah ini.
LENCANA : Lambang S K Taman Senangan, 13050 Butterworth, Seberang Perai (Utara), P.Pinang.

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH YANG KU CINTA
IKRAR TAAT SETIA
MENJUNJUNG ILMU DAN CITA-CITA
DISIPLIN AKHLAK MULIA

HORMAT GURU IBU BAPA
DOA KAMI SEMUA
SK TAMAN SENANGAN
GEMILANG DAN TERBILANG

MAJU SEKOLAH KITA
AMAN MAKMUR BAHAGIA
HARAPAN KINI TERLAKSANA
MAJULAH MAJU BERSAMA (2 KALI)

LIRIK : CIKGU ZULKIFLI BIN BAKAR
LAGU : ENCIK KHAIRUL HAZMY BIN HASHIM

webmaster
mozamda@gmail.com
 

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: